ISTOKIN

TENTANG

iStokin

have it your size

Brand iStokin walaupun baru ditubuhkan tetapi kami sebenarnya telah lama di pasaran sejak dari tahun 2006 lagi. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan dan hantar ke seluruh IPT di Semenanjung Malaysia sehingga mendapat tempat di Stesyen minyak Petronas dan beberapa cawangan pasaraya borong terkenal di Malaysia.

iStokin mengorak langkah dalam bidang online setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Shoppe Malaysia dan juga di Facebook.

Kenali Pengasas iStokin

RAZLIHAWATI RAMLI

FOUNDER

Telah berkecimpung dalam bidang perniagaan setelah tamat Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1999. Kebetulan tahun itu adalah tahun kemelesetan ekonomi jadinya cik puan terus memulakan perniagaan dengan niat mahukan kebebasan dan juga tidak bergantung kepada kerja yang pada waktu itu agak susah untuk diperolehi.

Bidang jahitan stokin tangan ini bermula bila adik bongsu kesayangan mencadangkan agar stokin tangan ini dijadikan perniagaan baru kerana pada waktu itu terdapat sambutan terhadap stokin tangan ini cumanya pada waktu itu hanya terdapat satu saiz sahaja.

Cik Puan Founder bermula dengan modal hanya RM 500 sahaja dan terhasillah stokin tangan yang pada waktu itu dinamakan qurratunaini. Tagline ‘have it your size’ adalah dari ilham Cik Puan yang sukakan Burger King.

SITI NOR FARIJAH MOHAMED ZAIN

CO-FOUNDER

Tamat pengajian dalam Sarjana Muda Mass Comm. pada tahun 2005. Bermula dengan bekerja di syarikat Cik Puan Founder dan seterusnya menjadi rakan kongsi.

Nama iStokin adalah dari ilham Cik Puan Ct Ferrie ( nick name ) yang sangat sukakan iPhone dan semoga kualiti dan keunggulan iStokin juga setanding dengan namanya.